Selamat Datang ke S.K.P.P.A
Sistem Kendiri Pra Penilaian Asma (SKPPA) dibangunkan untuk memudahkan pesakit asma
untuk melakukan pra penilaian terhadap tahap kesihatan mereka. Selain itu, pesakit asma boleh memantau tahap kesihatan mereka hasil dari laporan kesihatan mereka.
Penghidap penyakit asma dan semput perlu sentiasa menilai dan memantau tahap kesihatan paru-paru mereka dengan melakukan temujanji secara bersemuka dengan doktor di klinik atau hospital. Proses temujanji secara manual tersebut telah menimbulkan isu seperti masalah kekangan masa untuk mengikuti temujanji dan mengambil masa menunggu giliran yang lama semasa melakukan temujanji.
Di dalam sistem ini, pengguna perlu menjawab soal selidik untuk menilai tahap kesihatan paru-paru mereka, seterusnya sebuah laporan kesihatan akan dipaparkan dan juga disimpan di dalam pangkalan data supaya pengguna dapat memantau tahap kesihatan paru-paru mereka dari semasa ke semasa. Pembangunan SKPPA untuk menggantikan sistem manual sedia ada, dapat menyelesaikan isu yang timbul dan memudahkan pengguna menilai dan memantau tahap kesihatan paru-paru mereka.